Cara Beri Susu Ibu Yang Telah Dibekukan Kepada Bayi
Langkah 1 :
- bagi ibu bekerjaya, seeloknya sebelum tidur, keluarkan beberapa botol susu/breastmilk storage bag
dan letakkan di bahagian bawah peti supaya susu cair pada keesokan
harinya ( jumlah botol mengikut kesesuaian dengan jumlah keperluan bayi
untuk sehari di nursery/rumah pengasuh)
- boleh juga alirkan air paip pada botol susu/breastmilk storage bag untuk cairkan susu beku
Langkah 2 :
- susu yang telah cair, masukkan dalam cooler bag bagi memastikan suhu susu perahan tadi stabil ( sementara nak tiba di nursery/rumah pengasuh)
- anda boleh tandakan dengan nombor, botol/breastmilk storage bag mana yang patut guna terlebih dahulu.
- Tips : gunakan susu perahan yang lama disimpan dalam freezer (pastikan label tarikh dan masa pada botol susu )
Langkah 3 :
- langkah seterusnya, pengasuh yang harus tahu bagaimana hendak handle susu ibu perahan untuk diberikan kepada bayi.
- tuang susu ke dalam botol susu terlebih dahulu.
Langkah 4 :
- rendam botol susu tadi dalam sebekas air panas dengan suhu yang sesuai atau gunakan warmer.
- susu yang hendak dipanaskan adalah jumlah yang sesuai untuk sekali penyusuan bayi supaya tidak membazir
-
jangan sesekali memanaskan susu ibu beku/sejuk dengan cara
mendidihkannya dalam periuk, microwave atau alat pemanas lain yang tidak
sesuai. Ini boleh menyebabkan nutrisi susu ibu perahan hilang.
- Ingat ! Susu ibu yang telah dipanaskan , tidak boleh disimpan lagi.
Langkah 5 :
-
sebelum berikan pada bayi, uji dulu suhu susu ibu yang dipanaskan tadi
di belakang tangan anda. Ini adalah untuk mengelakkan mulut bayi
melecur.
Langkah 6 :
- berikan susu ibu secara perlahan dan sabar agar bayi tidak tersedak. Pengasuh harus memantau bayi ketika bayi sedang menyusu.
- berikan juga masa bayi berehat seketika sebelum meneruskan penyusuan agar tidak tersedak.
PERKARA YANG DILARANG ;
- Jangan panaskan susu dalam air mendidih dalam kuali, periuk dan microwave.
- Jangan gunakan susu yang telah dipanaskan selepas 24 jam dan mesti dibuang jika tidak habis
- Jangan tinggalkan bayi bersendirian ketika menyusu botol
- Pastikan botol susu tertutup semasa dipanaskan.
Sumber Rujukan :
Susu Ibu atau Susu Formula?
0 Comments