11 Jenis Sayur & Ulam Yang BOLEH & TIDAK BOLEH Makan Semasa Berpantang

Ibu-ibu selepas bersalin harus menjaga pemakanan. Silap makan, akan buat badan kita sakit-sakit, berangin, tidak selesa dan mungkin menimbulkan kesan yang lebih buruk.
Silap makan juga akan terkesan kepada bayi apabila ibu menyusukan. Bayi akan kerap kembung dan merengek-rengek.



Antara sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang BOLEH dimakan ialah :


  • sawi
  • lobak putih
  • peria
  • daun kadok
  • daun pudina
  • daun sekentut
  • pucuk mengkudu
  • daun pegaga
  • ulam raja
  • kunyit hidup
  • halia
Sayur-sayuran yang TIDAK BOLEH dimakan ialah tumbuh-tumbuhan yang menjalar, sejuk dan berangin seperti :
  • kangkung
  • mentimun
  • sayur keladi
  • bayam
  • jering
  • petam
  • terung
  • tomato
  • kacang panjang
  • kubis
Nota : Semasa berpantang, saya hanya makan sayur sawi sahaja yang dimasak air. Tumbuk bawang puih, campur sedikit lada hitam. Sedap juga. Susu badan pun banyak. 

0 Comments