[REVIEW] : Wanita Diserang Bell Palsy Pulih Seperti Sediakala. Bagaimana Mahu Pulih?

Apakah Bell Palsy?


Bell Palsy adalah satu bentuk lumpuh muka yang disebabkan daripada disfungsi saraf tengkorak (saraf muka). Ia menyebabkan pesakit tidak dapat mengawal otot muka pada bahagian yang diserang. Selalunya bahagian mata paling terjejas dan mata tidak boleh ditutup dengan sempurna serta sukar untuk senyum. dalam kebanyakan kes, gejala ini akan beransur pulih dalam beberapa minggu. Bell Palsy boleh menyerang semua orang, tapi kebiasaanya golongan yang berumur 16-60 tahun lebih berisiko.

Punca Bell Palsy?


Dari sumber, masih tidak diketahui dengan jelas apakah punca sebenar Bell Palsy. Namun begitu, ada yang mengatakan ia berpunca daripada jangkitan virus. Ada sebahagian kes lumpuh, saraf yang mengawal otot muka pada sebelah muka disebabkan oleh keradangan.

Antara virus yang dikesan menyebabkan Bell Palsy ialah;

  • herpes simplex - yang menyebabkan kudis sejuk dan herpes genital 
  • HIV - yang merosakkan sistem imun
  • sarcoidosis - yang menyebabkan keradangan organ 
  • herpes zoster virus - yang menyebabkan cacar air dan kayap 
  • Epstein - Barr virus - yang menyebabkan mononucleosis

Simptom & Tanda-Tanda Bell Palsy


Biasa muncul secara tiba-tiba terutama selepas anda mengalami selsema, jangkitan telinga atau mata. Dan anda merasa berat, tegang pada sebelah muka dan menyukarkan anda untuk makan dan minum.

Antara simptom & tanda lain ialah ;

  • meleleh air liur 
  • kesukaran makan dan minum 
  • ketidakupayaan untuk membuat ekspresi muka seperti tersenyum atau menguap
  • mata dan mulut kering
  • sakit kepala 
  • sensitif kepada bunyi

Risiko Diserang Bell Palsy


Risiko besar terjadinya Bell Palsy jika anda;
  • mengandung
  • mempunyai diabetes
  • mempunyai jangkitan paru-paru 
  •  mempunyai sejarah penyakit ini dalam keluarga

Bagaimana Bell Palsy Akan Didiagnos?


Biasanya doktor akan bertanya kepada anda gejala dan simptpm awal. Jika tidak ada yang berkaitan, doktor akan teruskan dengan ujian lain seperti ujian darah untuk memeriksa kehadiran jangkitan bakteria atau virus. selain itu, doktor juga akan menggunakan MRI atau imbasan CT ( CT Scan) untuk memeriksa saraf di muka anda.

Rawatan Bell Palsy


Ada sesetengah kes Bell Palsy, boleh sembuh tanpa sebarang rawatan. Namun begitu, ia mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya untuk sembuh.

Antara rawatan yang biasa dilakukan untuk menyembuhkan Bell Palsy ialah ;


  • ubat kortikosteroid - yang mengurangkan keradangan
  • ubat anti-virus -  jika virus tertentu yang menyebabkan anda diserang Bell Palsy
  • ubat penahan sakit seperti ibuprofen atau acetaminophen , yang boleh membantu melegakan kesakitan ringan 
  • menggunakan ubat titis mata dan patch mata (untuk mata kering anda) 
  • meletakkan tuala lembap yang hangat di muka anda untuk melegakan kesakitan 
  • mengurut wajah anda 
  • melakukan senaman terapi fizikal untuk merangsang otot muka anda
Sumber Rujukan : Healthline , WebMD



Bagi anda yang diserang Bell Palsy, jangan takut atau merasa kecewa dan sedih kerana Bell Palsy boleh dirawat. 

JM kongsikan pengalaman seorang wanita yang diserang Bell Palsy selepas melahirkan anak. Setelah 4 bulan beliau berusaha mengambil rawatan alternatif dengan pengambilan suplemen Shaklee, kini beliau sudah sembuh.

Mungkin ini juga dapat membantu anda di luar sana, untuk ikhtiar dengan cara ini pula. Ikuti perkongsian daripada bekas pesakit Bell Palsy.




BELL PALSY
alhamdullilah
2 oct 2015
Saya bangun sebelah muka da jatuh
Xbole senyum
Mata x bole tutup
Air mata mengalir macam menangis
Sakit
Rasa tegang je
Dr sahkan saya diserang bellpalsy
Bukan STROKE
tapi kelemahan sebelah otot muke
Saya di steroid
Punca UNKNOWN
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin
Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu..
Consume SPECIAL DOSE vivix
Dan consume
Omega guard
Bcomplex
Vitamin E
dgn extreme
Saya juga menjalani fisioterapi
Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali
Share la

Saya izinkan
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support
Ia bukan mudah seperti dijangka
Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yg tahu apa yg kami rasa..
Actually its more to self confidence / esteem
Tapi serius is MANIS untuk diingati
Dalam calender kehidupan
Hadiah dari Allah
Harap ia menghapus dosa2...


#copypaste daripada Facebook patient ini.



1 Comments

  1. After analyzing your article you have to recognize what I surely have written here buy apple fruit . This one is being written after you have a proposal from you.

    ReplyDelete