9 Perkara Penting Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Yang Perlu Ibu Ayah Tahu Sebagai Persediaan Sebelum Bersalin


1. mula kumpul semua info dan maklumat serta pengalaman daripada mereka yang pernah bersalin dan menyusukan anak

2. sumber ilmu yang boleh diperolehi dengan mudah ;
    - buku-buku yang boleh dibeli di laman web atau kedai buku berhampiran
    - kelas-kelas persediaan menyusu 

3. kumpulan sokongan PSI di sekitar tempat tinggal atau tempat kerja. malaysian Breastfeeding Peer Councelor (MBfPC) adalah rakan pembimbing yang dilatih bagi memberi sokongan kepada ibu-ibu yang memerlukan bantuan dan nasihat penyusuan. Boleh lawati laman web www.malaysianbfpc.org

4. berbincang dengan suami dan ahli keluarga terdekat berkaitan niat dan kesungguhan untuk menyusukan anak. ajak suami mengikuti kelas-kelas penyusuan dan kongsi segala pengetahuan tentang susu ibu denagn suami dan ahli keluarga terdekat supaya mereka memahami dan menyokong usaha anda.

5. pilih doktor dan hospital yang menyokong penyusuan susu ibu. berbincang dengan doktor dan nyatakan niat dan impian mahu menjayakan PSI sejurus selepas bersalin.

6. berbincang dengan majikan dan raka sekerja berkaitan hasrat kita menjayakan PSI apabila kembali bekerja kelak agar mereka memahami keadaan kita apabila memerlukan masa dan tempat sesuai untuk mengepam susu di pejabat.

7. mencari pengasuh atau taska yang mesra PSI dan boleh membantu kita mengendalikan susu ibu dengan betul.

8. berlatih menggunakan anak patung , cara untuk memegang dan mencuba posisi yang sesuai bagi PSI.

9. mulakan merangsang payudara dengan mengurut payudara secara perlahan-lahan.

Sumber Rujukan : Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu 

nota : PSI - Penyusuan Susu Ibu

0 Comments