Salahkah Anak Saya Minum Susu Lembu?
Tak salah..tak dosa pun... tapi jika ada pilihan, susu ibu masih ada, teruskan berikan susu ibu pada anak ye.. ramai yang takut nak menyusukan bayi bila terlalu percaya dengan mitos dulu2...
Breast kendur la...
breast tak cantik la..hihihi
breast itu..breast ini...
Tapi ramai jugak yang tak tahu, menyusukan bayi banyak kelebiham untuk ibu. Selain bayi mendapat zat yang sempurna, penyusuan ibu juga dapat membantu ibu cepat kurus dan langsing serta cegah kanser payudara. InshaAllah
Yang paling penting, pastilah untuk kesihatan dan ksejahteraan bayi kita. 9 bulan kita kandungkan dia, selepas lahir juga mestilah berikan yang terbaik buat si kecil.betul tak?
Tahu tak banyak sangat khasiat susu ibu yang ramai tak tahu. Antaranya ialah ;
- susu ibu mempunyai kepekatan antibodi dan bahan-bahan lain seperti kolostrum (cecair awal sebelum susu yang dihasilkan selepas melahirkan anak) yang dapat melindungi bayi drp penyakit-penyakit yang selalu dijangkiti bayi seperti gastro-enteritis, jangkitan saluran pernafasan, batuk dan selsema, terutama dalam tahun pertama hayat bayi. Dengan susu ibu, menguatkan lagi sistem imun bayi.
- susu ibu mengandungi protein iaitu lactalbumin yang mudah dihadam oleh sistem pencernaan bayi. Oleh itu, bayi yang diberi susu ibu jarang terkena kolik dan sembelit. Susu ibu juga dikenali sebagai julap semulajadi, maka najis bayi lembut dan cair serta mudah dikeluarkan.
- masalah ekzema, semput dan demam alergi berkurangan kerana jarang bayi mempunyai alahan terhadap susu ibunya sendiri yang secara semulajadi anti-alahan.
- susu ibu kejadiannya sangat unik dan menghasilakn susu yang terbaik untuk bayinya. Keseimbangan khasiat disukat dengan optimum secara semulajadinya dan sentiasa berubah mengikut kadar pertumbuhan bayi dan keperluannya yang sering berubah.
- ikatan kasih sayang yang lebih erat antara ibu dan bayi kerana dapat meluangkan masa eksklusif semasa berdua-dua..masa ini, ibu berleluang untuk membelai dan berinteraksi dengan bayinya.
-
Sumber rujukan : keibubapaan - satu pendekatan asia 0-12 bulan
0 Comments