Adab Dan Cara Yang Betul Menyambut Perkhabaran Kelahiran Bayi



Kehadiran bayi dalam sesebuah keluarga adalah suatu yang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri. Kelahiran bayi adalah penghubung ikatan cinta dan kasih sayang suami isteri yang dikurniakan oleh Allah swt.

Sebagai ahli keluarga , sahabat handai, bagaiman cara yang betuluntuk kita sampaikan ucapan tahniah buat pasangan ibu dan bapa yang baru menimang cahayamata

Dalam Islam sendiri, perkhabaran ini adalah suatu yang sangat menggembirakan maka kita hendaklan mengucapkan tahniah dan doakan yang terbaik buat bayi dan ibubapanya. Secara tidak langsung, ia mampu membina rasa kasih dan sayang dalam diri setiap insan.

Dalam masyarakat kita, pemberian hadiah atau wang adalah perkara biasa. Ini juga adalah satu amalan yang murni. Menyambut kelahiran bayi baru juga, memerlukan kos yang agak banyak (bergantung pada individu). Oleh sebab itu, pemberian wang saguhati atau hadiah mampu meringankan dan permudahkan urusan ibu bapa tersebut.

Seperti janji Allah swt, jika kita memudahkan urusan orang lain, InshaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita juga.

No comments