Sesetengah orang lebih suka cara semulajadi untuk menjaga kecantikan. Antara cara yang boleh anda lakukan ialah dengan amalkan makan makanan yang berkhasiat untuk kulit yang mengandungi vitamin C, vitamin E, vitamin A zat besi, resveratrol, lycopene, omega 3 asid lemak, flavanol, fiber dan sebagainya.
Berikut adalah makanan yang baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit:
|
teh hijau |
teh hijau mampu mengurangkan risiko kanser kulit. disarankan minum 3 gelas besar sehari dan lebih bagus jika diperah lemon/limau nipis, ia meningkatkan kandungan antioksidan dan mengekalkan khasiat jus lebih lama dalam tubuh. uncang teh yang sudah digunakan, boleh diguna semula.letakkan selama lebih kurang 10-15 minit dalam peti sejuk, kemudian ambil dan lekapkan pada mata. ia boleh membantu kurangkan sembap mata. teh berperisa chamomile atau pudina juga membantu merehatkan kulit
|
anggur hitam |
kulit anggur mengandungi resveratrol iaitu sejenis antioksidan tahap tinggi yang membantu mengatasi kedutan dan lendutan pada kulit supaya kulit menjadi tegang semula.
|
dark cocholate |
coklat gelap mengandungi flavanol, bahan yang kaya antioksidan. ia memelihara kulit supaya tidak kering dan juga melancarkan peredaran darah.
|
buah delima |
delima memang terkenal sebagai makanan sunnah. ia adalah buah yang kaya antioksidan dan bagus dimakan begitu saja. biji delima pula boleh dikisar dan dijadikan scrub untuk sental sel kulit mati.
|
biji bunga matahari/kuaci |
mengandungi vitamin E yang membantu merawat dan membaiki semula sel kulit yang rosak. segenggam biji matahari boleh mengelakkan kulit ditumbuhi jerawat. ia juga boleh tingkatkan sistem imunisasi badan.
|
soy milk |
membantu mengurangkan sembap pada wajah dan mengembalikan kesegaran kulit.
|
brokoli |
setengah cawan brokoli mentah mengandungi 65% vitamin C. vitamin C membuang radikal bebas dalam badan yang menyebabkan kulit cepat berkedut dan menggeleber serta memperbaiki semula sel kulit rosak. vitamin c juga mempercepatkan menyembuhkan luka.
|
labu |
mengandungi vitamin C, E dan A dan enzim yang membersihkan sel kulit mati. warna oren buah labu dihasilkan daripada carotenoid, sejenis pigmen yang meneutralkan radikal bebas.
|
tiram |
kaya dengan zat besi.makan lebih kurang 6 ekor tiram sahaja memberi 500% zat mineral yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. zat besi dan mineral penting untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan mengganti semula sel mati.
|
kekacang |
walnut dan macadamia terutamanya kaya dengan asid lemak yang membaiki kerosakan sel kulit
|
ikan sardin atau ikan selayang |
mengandungi 1.5 gram omega 3 asid lemak, menjadikannya salah satu sumber terbaik untuk kulit tampil cantik menawan
|
tembikai |
|
minyak zaitun/olive oil |
minyak zaitun memang terkenal sebagai bahan yang penting dalam dunia kecantikan. minyak zaitun membantu melembapkan kulit secara semulajadi dan juga kesihatan tubuh.
|
air kosong |
buang/nyahtoksin dengan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
0 Comments