Boleh Kaya Ke Buat Bisnes Shaklee Ni?

Alaaah, soklan cliche sangat lah. Buatlah bisnes apa pun, kalau buat betul-betul, confirm boleh kaya punya. Yang tak kaya-kaya tu orang yang cepat give up, malas usaha dan berangan je lebih. Hihihi.


Apa kata anda tonton video ini? Kancil menang, Ferrari kalah?



Tahun 2019 adalah tahun ke 7 saya jual produk orang aka produk Shaklee. Saya percaya walau apa bisnes pun yang kita buat dengan kesungguhan dan ada matlamat yang jelas, pasti akan berjaya. Sebelum saya buat bisnes Shaklee ni, saya pernah buat bisnes kecil-kecilan jual tudung secara online. Masa tu guna facebook personal. Tahun 2010. Tak ramai lagi yang gunakan facebook untuk menjual. Saya jual tudung yang saya beli secara borong di Jalan TAR, KL. Modalnya tak tebal mana, tapi boleh tahan jugaklah bagi seorang yang bergaji kecil. Masa tu saya sudah pun bekerja makan gaji. Dan sambung belajar separuh masa di UTM SPACE. Nak menampung perbelanjaan study tu jugak lah antara sebab saya berniaga. Tapi mestilah beserta dengan minat. Kalau tak minat, susah nak success. Seronok. Satu kepuasan bila ramai orang beli dan customer repeat order. 

Tapi panas kuharapkan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hahahaha.

Tahun 2010 tu, tahun peniaga tudung mengeluarkan macam-macam style tudung. Laju sangat macam keretapi ETS. Tak terkejor dibuatnya. Stok tudung style A belum habis, dah keluor tudung style B. Sampai satu tahap, saya dah tak boleh nak buat untung sangat. Lama-lama modal pun hangus. Paling best, stok tudung yang tak habis, saya sedekah je kat jiran-jitran kat kampung, kawan-kawan mak dan sesiapa je. Macam tu lah kisahnya terkubur bisnes tudung saya tu. Tu belum lagi kau penat nak photoshoot setiap helai tudung kat patung cendana. Hahaha.

Sampailah saya dah kahwin, pregnant dan bersalin, saya berhenti sementara bisnes tudung. Gara-gara mengandung anak sulung dan alami alahan yang sangat teruk. 

Selepas cuti bersalin 3 bulan, masa tu lah saya jumpa dengan bisnes Shaklee ni. Kisah itulah yang saya bawa selama 7 tahun 7 bulan dan akan dikenang sampai bila-bila. Titik permulaan saya involve dengan Shaklee.

KISAH KEJAYAAN SAYA DALAM BISNES SHAKLEE


Selama 7 tahun dan 7 bulan ni jugaklah, macam-macam kejayaan yang saya dah kecapi. Terima kasih Ya Allah atas rezekiMu yang melimpah ruah.

Dengan Shaklee, saya dapat tambah pendapatan yang tak terjangkau dek akal fikiran.

Dengan Shaklee, saya dapat memiliki kereta impian saya dari kecik, iaitu Honda CRV. Walaupun rekabentuk CRV tahun dulu tak sama dengan sekarang, tapi namanya tetap CRV kan.




Dengan Shaklee, saya dapat memiliki rumah idaman. Rumah 2 tingkat yang ada family hall kat tingkat atas, Hihihi.

Rumah Idaman Saya Beli Dengan Income Shaklee

Dengan Shaklee, saya dapat peluang melancong percuma ke tempat orang yang tak pernah saya pergi.

Dengan Shaklee, saya boleh hadiahkan trip Umrah & Istanbul kat ayah saya yang tak pernah pergi buat umrah selama hidup dia. Duit dia hanya untuk besarkan anak-anak. Terima kasih ayah. 

Dengan Shaklee, macam-macam award yang saya dah dapat. Hanya dari Shaklee. Terakhir kali saya dapat award ni masa zaman belajar Politeknik dulu. Anugerah Projek Terbaik.


Allahuakbar, bila saya senaraikan satu persatu kejayaan demi kejayaan yang saya dah capai, rasa bertambah bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Dan inshaAllah, saya mahu menjadi lebih berjaya dengan bisnes Shaklee agar saya dapat membantu keluarga dan membantu orang lain untuk hidup bahagia. 


0 Comments