3 Peluang Besar Dalam Bisnes Shaklee Yang Jadi Impian Semua Orang

3C - Cash, Car, Convention

Bila kita merancang nak mulakan perniagaan, langkah pertama yang mesti kena buat adalah buat survey bisnes apa yang bakal kita buat. Adakah nak buat produk sendiri atau jual produk orang lain?

Secara peribadi, berdasarkan pengalaman saya yang telah lebih kurang 9 tahun terlibat dengan asam garam bisnes (walaupun bukanlah bisnes besar), apa yang saya boleh katakan bermulanya suatu perniagaan ni anda mestilah bersedia fizikal dan mental. Kene kuat dan kental. Dan semestinya ada ilmu tentang bisnes.

Bagi anda yang baru cuba-cuba nak try test berniaga, belajar ilmu perniagaan dengan menjual produk orang terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya jika terhantuk atau terngadah, tidaklah sampai tak boleh nak bangun semula.

KELEBIHAN JUAL PRODUK ORANG


Jika anda menjual produk orang, anda tidak perlu keluarkan modal yang besar untuk ada stok produk sendiri.
Jika anda menjual produk orang, anda tidak perlu fikir marketing strategi apa untuk meletakkan produk anda setanding dengan produk hebat yang lain. Marketing anda adalah hanya untuk mempromosikan diri sendiri bagi menghebahkan kepada orang yang anda ada jual produk tersebut.
Jika anda menjual produk orang, anda tidak perlu fikir atau keluarkan modal besar untuk ada premis sendiri.
Anda boleh mulakan bisnes dengan menjadi dropship, agen atau stokis. Ataupun boleh bermula menjadi Shaklee Independent Distributor.?

KELEBIHAN BISNES SHAKLEE


Saya pernah jumpa dengan beberapa orang founder produk yang akhirnya sekarang ini adalah seorang Shaklee Bussiness Leader yang  berjaya. Apa yang mereka kongsikan adalah, betapa susahnya nak maintain sales dan branding produk mereka. Marketing perlu berterusan. Modal sentiasa kena ada untuk restock produk. Silap langkah, padah akibatnya.

Mereka juga bercerita bahawa mereka mempunyai masa yang amat terhad untuk family kerana kebanyakan masa yang ada adalah untuk bisnes. Sampaikan mereka tak boleh pergi bercuti untuk jangkamasa yang lama kerana tak ada orang untuk uruskan bisnes mereka. Tak ada bisnes, tak ada income. Mungkin juga bergantung pada apa jenis produk yang anda jual jugak. Sebab itu saya tekankan dari awal, pastika buat survey tentang produk.

Since tajuk entry pun berkenaan 3 Peluang Besar Dalam Bisnes Shaklee ni, jom lah saya kongsikan dengan anda.

3C - CASH + CAR + CONVENTION DALAM BISNES SHAKLEE


Saya percaya 3C ini adalah idaman semuaaaa orang. Tak ada yang menolak jika diberikan 3C ini,  betul tak?

CASH

contoh Bonus Statement Shaklee
(info lama)
Gambar di atas adalah contoh bonus statement saya pada tahun 2013 dan 2014. Bonus ini dibayar oleh Shaklee setiap bulan based on performance kita bulan sebelumnya. Semua ini dibayar tunai terus ke akaun bank kita, seolah-olah macam dibayar gaji. Tetapi 'gaji' yang flexible yang anda boleh tentukan sendiri berapa yang anda mahu. Jika mahu lebih, kenalah usaha lebih.

Tunai yang kita akan dapat ini terdiri daripada 12 jenis Bonus seperti yang saya senaraikan di bawah ini. Termasuk CAR SUBSIDY PROGRAM. Bonus Shaklee ni unlimited. Semakin besar team anda, semakin besar bonus anda. Maka tak hairanlah ada yang sudah bergelar JUTAWAN SHAKLEE

1. PB - Personal Bonus
2. NPB - Net Personal Bonus
3. LB1 - Leadership Bonus 1
4. LB2 - Leadership Bonus 2
5. LB3 - Leadership Bonus 3
6. LB4 - Leadership Bonus 4
7. LB5 - Leadership Bonus 5
8. LB6 - Leadership Bonus 6
10. CIB - Coordinator Incentive Bonus
11. KIB - Key Coordinator Incentive Bonus
12. MIB - Master Coordinator Incentive Bonus

CAR - CAR SUBSIDY PROGRAM

Untuk program kereta ini, Shaklee tidak beri anda sebiji kereta tapi diberi dalam bentuk wang tunai. Jadi anda boleh beli kereta apa saja yang anda suka. Tak nak beli kereta pun tak apa. Duit kita, sukahati kita lah nak buat apa pun kan? Hihihihi.

Kereta pertama saya beli dengan Bonus Shaklee dan masih pakai sampai sekarang. Upgrade dari Perdoua Alza. 

CONVENTION

Ini paling best sebab saya kaki travel. Saya suka melancong. Tapi bila duit pun terhad, maka minat tu pun terbantut. Sebab itulah saya suka dengan bisnes Shaklee, boleh pergi melancong PERCUMA setiap tahun. Antara peluang trip yang saya dah dapat dengan Shaklee ni ialah Sabah, Pulau Langkawi, Umrah & Istanbul, Italy dan trip Cruise ke Phuket.

Untuk info anda, trip Shaklee ini boleh bawa satu family (bergantung pada berapa tiket yang anda layak).

Bagi yang sudah berkahwin, anda boleh bawa suami/isteri (isteri-isteri jika ada), mak ayah kandung, mak ayah mertua dan anak-anak. Bagi Shaklee Business Leader yang masih bujang, boleh bawa mak ayah dan adik beradik. Best kan? Tak de la bergumbira sorang-sorang je. Hahaha.

Kalau anda nak merasa trip percuma setiap tahu, anda support je kalau ada adik beradik anda yang masih bujang tu nak buat bisnes Shaklee. Alaaa, modal pun RM65 je tau. Tak payah buat pinjaman bank pun. Tak payah bergolok bergadai. 

Ok, ni saya layur beberapa gambar semasa saya join trip Shaklee. Trip Umrah & Istanbul tu, saya hadiahkan kat ayah. Pertama kali ayah jejak kaki di Mekah & Madinah. Happy betul dia.  Saya seribu kali happy. 

Pulau Manukan, Sabah

Star Cruise Libra

Star Cruise Libra

Phuket
P. Langkawi

Westin Hotel di P. Langkawi

Istanbul - ayah saya yang depan

Baru tiba di Istanbul. Ayah saya yang tengah

Baru sampai Mekah/Madinah. Ayah saya yang sebelah kiri paling depan
Amacam?

Memang puas hati sangat lah kalau pergi melancong trip Shaklee ni. Semuanya perfect. Flight, tempat penginapan, makanan dan surprise gift semua superb. Boleh kata setaraf VVIP trip lah kiranya. Selain trip, Shaklee juga ada majlis penghargaan untuk semua Shaklee Independent Distributor yang berjaya dalam bisnes masing-masing. Pelbagai award dan reward disediakan untuk mereka yang layak. Dua event terbesar yang akan diadakan setiap tahun ialah, Business Leader National Conference yang menghimpunkan Business Leader yang layak sahaja & Shaklee National Convention yang terbuka untuk semua Pengedar Shaklee dan juga mereka yang nak kenal bisnes Shaklee. 

Sejujurnya, 3C ni lah antara penyebab saya setia dengan bisnes Shaklee sudah hampir 8 tahun sejak Februari 2012. Saya yakin dan percaya tidak semua bisnes yang dapat offer reward sebegini hebat.

Kalau anda berminat nak mulakan bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya. Boleh Call atau Whatsapp. 

Mashitah Mamat
011-10511606

4 Comments