Solat Sunat Dhuha Kunci rezeki Dan Kunci Kejayaan
Sumber : google |
Solat Sunat Dhuha mempunyai manafaat yang sangat besar. Mereka yang mengerjakan solat Dhuha akan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT sepanjang hari. Dosa-dosanya diampunkan, terhindar dari perbuatan-perbuatan buruk, Allah melimpahkan rezeki sepanjang hari serta pelbagai kebaikan lain.
Rasulullah SAW sangat menganjurkan umatnya untuk melakukan amalan solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah RA:
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” – HR Al-Hakim dan At-Tabrani
Solat Dhuha iaitu solat sunat yang dilakukan pada waktu Dhuha, iaitu pada ketika matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari -waktu syuruk) sehingga matahari berada tepat di tengah-tengah langit iaitu sebelum menjelang waktu Zuhur.
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan 2 rakaat atau boleh diulang sehingga enam 6 kali solat atau 12 rakaat. Ada yang berpendapat paling banyak yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah lapan rakaat.
Lafaz Niat Solat Dhuha;
“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan Solat Sunat Dhuha
Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu lebih afdhal untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha.
Surah Al-Shams
Surah Ad-Dhuha
Doa Solat Dhuha;
“Allahumma innadh dhuha-a dhuha-uka, wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal ishmata ishmatuka. allahuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu, wa inkaana fil ardhi fa-akhrijhu, wa inkaana mu’asaran fayassirhu, wainkaana haraaman fathahhirhu, wa inkaana ba’idan fa qaribhu, bihaqqiduhaa-ika wa bahaaika, wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatini maa ataita ibadikash shalihin.”
Maksud Doa Solat Dhuha
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”
Jom kita sama-sama jadikan solat Dhuha sebagai kelaziman harian kita, semoga dipermudahkan.
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Panduan solat Dhuha ini merujuk kepada Panduan UniSZA.
Sumber Rujukan : mywaktusolat
0 Comments