5 TIPS MUDAH UNTUK CEPAT HAMIL



Rancanglah Waktu Hubungan Anda

Salah satu tips terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk melakukan hubungan  kelamin dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maksimum 5 hari di dalam rahim. Kerana itu untuk meningkatkan kebarangkalian terjadinya kehamilan, lakukan hubungan kelamin 2 hari sebelum masa ovulasi/ keluarnya sel telur.

Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:

- sistem calender
- suhu tubuh basal /Body Temperature
- Pengeluaran cecair lendir serviks
- dan yang terbaru, strip penguji masa subur (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)

Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol


Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk cepat hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.

Ambillah Vitamin


Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan disertakan dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan. Dan kedua-duanya harus dijadikan amalan anda dan juga pasangan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah:-

Vitamin C – dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma.
Vitamin E – dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.

Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak. 

Selain itu, asid folik juga dapat mencegah terjadinya spina bifida kepada janin.

Bagi anda yang sedang dalam usaha untuk cepat hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang. Vitamin yang sesuai untuk wanita hamil ialah;

- vitalea (multivitamin yang lengkap dengan iron)
- b complex yang lengkap dengan asid folik
- vitamin C 
- kalsium

Suplemen untuk kesuburan suami isteri, anda boleh rujuk entry JM sebelum ini.

Pilihlah Posisi yang Tepat ketika Berhubungan


Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk cepat hamil. Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat menyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan sebaiknya hindari posisi woman on top, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untuk menyimpan sperma.

Kawal Berat Badan Anda


Berat badan yang normal atau seimbang dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan. Sering kita dengar sebahagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badan, umumnya juga akan menghadapi masalah untuk cepat hamil. Ini kerana, berat badan berlebihan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesuburan anda. Jadi, usahakanlah untuk mencapai berat badan yang ideal terlebih dulu untuk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Boleh cuba slimming set ini.

Jika terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama. Jadi, bagi anda yang kurang berat badan, berusahalah untuk menaikkan berat badan anda secara sihat. Dan JM sarankan anda mengambil suplemen yang boleh membantu anda tambah berat badan seperti;

- mealshake 
- b complex 
- vitalea (multivitamin)


0 Comments