Kepentingan Asid Folik Kepada Ibu Hamil
sumber : google
Asid Folik adalah amat penting terutama bagi wanita hamil bagi mencegah kecacatan saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak tertutp dengan sempurna dan ia boleh menyebabkan kerosakn saraf kekal. Asid folik disarankan pengambilan seawal 3 bulan sebelum merancang kehamilan.
Berapakah dos asid folik yang diperlukan?
Sebelum dan ketika hamil, anda disarankan untuk mengambil 400mcg (mikrogram) asid folik setiap hari dan teruskan pengambilannya terutama pada 12 minggu pertama kehamilan. Namun begitu, asid folik harus diteruskan untuk mengekalkan kesihatan optimum ibu sendiri.
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- bayam, 1 cawan
- kacang bendi, setengah cawan
- asparagus, setengah cawan
- lentil, setengah cawan
- hati, 1 keping
- 11 kubis
- kacang black-eyed beans, 4 sudu makan
- emping jagung, 7 sudu makan
- biji gandum, 25g / 1 aun
- betik sederhana besar
- brokoli kukus, 2 pucuk
- buah oren saiz besar
- nasi putih, setengah cawan
- oat, setengah cawan
- kacang merah, setengah cawan
- jagung saiz besar, 1
- biji bunga matahari, 1 aun.
Asid folik dalam makanan mudah musnah jika masak dengan suhu yang tinggi. Oleh sebab itu, untuk menjaga kandungan asid folik dalam makanan, pastikan masak seketika sahaja dengan kuantiti air yang sangat minima. Untuk dapatkan asid folik yang cukup, sebaik-baiknya sayur-sayuran tersebut dicelurkan seketika atau makan sayur mentah.
0 Comments