Vitamin Ibu Hamil 1st Trimester

Biasa dengar tak ?

"Makan vitamin banyak-banyak, nanti baby besar..susah nak beranak..."

Biasa kan? Saya juga terpengaruh dengan kata-kata hikmat nih..hihihi. Tapi apa pula kata doktor?




"Ramai wanita yg salah anggap multivitamin saperti obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pilvitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil2 kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel2 baru utk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg bekualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita." ~ Dr. Hamid Arshad

Doktor galakkan ibu hamil ambil suplemen atau vitamin untuk pastikan kandungan membesar dengan sihat dan sempurna. Bayi bersaiz besar, disebabkan oleh banyak faktor, antaranya pemakanan si ibu itu sendiri, tapi bukan kerana pengambilan vitamin. Ibu yang menghidap kencing manis samada sebelum hamil atau semasa hamil, juga menyumbang kepada saiz bayi besar semasa dalam kandungan. So, kurangkan makanan-makanan yang manis terutama fast food, minuman gas dan jus-jus dalam kotak yang kita tahu sangat tinggi kandungan pemanis tiruan. 

Minum jus buah-buahan segar lebih baik.


4 jenis vitamin di atas (rujuk gambar), adalah vitamin yang disyorkan untuk ibu hamil terutama yang masih di peringkat trimester pertama:


B-Complex (Vitamin B + Asid Folik)
  • B-1 (thiamine) : memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi
  • B-2 (riboflavin) : memastikan mata kita sihat dan kulit kita sentiasa glowing dan segar
  • B-3 (niacin) : membantu melancarkan sistem pencernaan (tidak sembelit) dan mengurangkan rasa loya dan mual
  • B-5 (pantothenic acid) : membantu menghasilkan hormon kehamilan dan mengurangkan kejang kaki
Vitamin C 
  • vitamin c diperlukan oleh ibu dan bayi untuk tumbesaran yang sempurna
  • vitamin c diperlukan oleh badan untuk menghasilkan kolagen, protein struktur satu komponen tulang rawan, tendon, tulang, dan kulit. 
  • Sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C pada bayi baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.
  • vitamin c membantu menyerap zat besi  dengan lebih berkesan, dan ini membantu menaikkan HB ibu hamil. disyorkan ambil Vitamin C bersama-sama vitalea.
  • meningkatkan sistem imun tubuh ibu agar tidak mudah jatuh sakit atau demam.

Vitalea (Zat Besi + Multivitamin)

  • zat besi sangat diperlukan untuk tumbesaran bayi anda semasa kehamilan.
  • pastikan ambil zat besi yang mencukupi lebih kurang 16mg hingga 20mg untuk elak kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan anemia.
  • jika sejarah kesihatan anda sebelum ini ada anemia, disyorkan ambil lebih dos zat besi, tapi perlu rujuk doktor terlebih dahulu.

Ostematrix (kalsium)


  • apabila kita hamil, bayi memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Kalsium juga membantu bayi kita dapat jantung, saraf, dan otot yang sihat serta develop irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah. 
  • Kalsium juga boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan preeclampsia. 
  • jika kita tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan semasa hamil, bayi kita akan menarik kalsium daripada tulang kita, yang boleh menjejaskan kesihatan kita sendiri di kemudian hari.

Keperluan Kalsium Bagi Wanita


Wanita berumur 19 hingga 50 tahun : 1,000 milligrams (mg) sehari , sebelum , semasa dan selepas kehamilan.

Wanita berumur 18 tahun ke bawah : 1,300 mg sehari , sebelum , semasa dan selepas kehamilan.

0 Comments