[Part 2] : Briefing Dulu Sebelum Berangkat Ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca blog M2M...

terima kasih kerana tak jemu baca blog ni.. (^__^)

Subhanallah Alhamdulillah..semakin dekat tarikh nak berangkat ke Pulau Langkawi dengan Shaklee Malaysia...

Rasa happy dan excited sebab trip Shaklee ni trip eksklusif dan tak keterlaluan sekiranya M2M kata trip Shaklee ni trip VIP tau.

Sebab Shaklee raikan kitorang dengan layanan 1st class.


  • Tempat penginapan
  • Makan
  • Transport


Briefing diadakan pada 26 Oktober 2016 Rabu di Shaklee Sri Rampai KL baru-baru ni...
M2M tak lepaskan peluang untuk hadir...sebab nak 'rasa' sendiri kehangatan trip ni...



Selfie dulu sebelum start.. hihihi..

Macam biasa M2M ditemani 3 bodyguard

Auni
Humayraa

&

of course tulang belakang M2M ~ my husband




Puan Suknit yang brief kitorang pasal program dan lain-lain masa kat P.Langkawi nanti....

Lebih kurang 300 orang lebih pengedar Shaklee seluruh Malaysia yang layak joi trip ni.. ... woow ramai jugak !

Disebabkan sangat ramai, so Shaklee sediakan 5 penerbangan dengan MAS, Malindo dan Air Asia. 4 penerbangan dari KLIA dan 1 penerbangan dari Penang. Dan ada 2 feri dari Kuala Perlis, ni khas untuk participants yang tinggal berdekatan P.Langkawi.

Tapi tak lah bermakna 5 flite tu penuh orang2 Shaklee jer..hikhikhik..campur2 la jugak dengan orang awam. (^__^)
Cuma flite Air Asia dari Penang jer yang ramai, lebih kurang 70 orang..

Kitorang diberitahu, akan menginap di Westin Hotel...M2M pun tak pernah pergi hotel tu sebab mahal.. dengar2 dorang cakap hotel tu best...

Bertambah-tambah excited dan tak menyabor nak pergi.. hahahah..
M2M memang suka melancong, tapi jarang2 dapat check in hotel mahal dan eksklusif ~ bajett ooo ~ hahahaha....

Selain tu, kitorang jugak dibekalkan meal allowance sebanyak RM 150 seorang untuk belanja makan semasa kitorang pergi buat out door activity ... contohnya masa kitorang naik cable car, jambatan gantung ker atau apa jer, kitorang boleh cari makan sendiri dengan duit elaun yang dah dibekalkan tu...

Sekali makan RM 50.00 tuuu...mewah..

Tapi konpem M2M makan makanan murah-murah jerrr...sayang wooo habiskan RM 50 tu untuk makan sorang jerrr.. ~ guna wat shopping pinggan mangkukk la kannn..~ uppssss..hahahahha ~

Eyh saje gurau-gurau...M2M tak minat sangat pinggan mangkuk nih... M2M nak borong coklat jer untuk anak2 & anak cucu Shaklee M2M... InshaAllah..

Ohh ye selain naik cable car, jambatan gantung (betul ke orang panggil jambatan gantung?) , tempat lain yang kitorang akan pergi ialah muzium 3D yang terbesar di Malaysia...

Wahhhh, tempat baru ker? Al maklum lah, last M2M pergi Langkawi masa Auni umur setahun lebih..sekarang dia dah nak masuk 5 tahun...

Dalam tempoh 4 tahun tu, banyak bende berubah kan...

Ok lah korang, M2M dah exited nih..tengah bercerita ni pon bersemangat lain macam..

Flite M2M tengahari sikit..sengaja pilih tengahari, takut tertinggal flite kalau awal sangat.. hahahah.
Lagipon kitorang kene ada kat KLIA, 2jam sebelum masa penerbangan....

Doakan trip M2M kali ni dipermudahkan yea..M2M risau ni..hahahahaha

*takut naik flite sebenarnya..kah kah kah*

Mashitah Mamat
Your Shaklee Health & Beauty Consultant since 2012
Find me @Instagram : i.am.mashitahmamat
☎019-3121 609
📩mashitahmamat16@gmail.com

0 Comments