Tip Untuk Mengatasi 'Morning Sickness'
Menjadi kebiasaan apabila wanita disahkan hamil, akan mengalami gejala 'morning sickness'. Biasanya terjadi pada peringkat awal kehamilan. Morning sickness ialah keadaan dimana ibu hamil berasa loya, mual dan kerap muntah. Simptom ini agak teruk pada waktu pagi, namun begitu ada juga sesetengah wanita mengalami gejala morning sickness ni sepanjang hari.
Morning sickness ni biasanya terjadi pada peringkat trimester pertama dan bermula sekitar usia kandungan 6 minggu dan ada juga wanita mengalami morning sickness pada waktu 4 minggu kehamilan. Pengalaman saya sendiri, masa pregnant anak sulung, saya alami morning sickness sepanjang kehamilan dan alahan yang agak teruk. Tapi bila pregnant anak kedua, Alhamdulillah dipermudahkan. Mungkin saya amalkan suplemen sejak awal lagi sebelum hamil.
Ada beberapa tip untuk mengatasi morning sickness yang saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu. Antaranya ialah;
- makan dalam jumlah yang sedikit, tetapi kerap
- makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protin
- sewaktu bangun tidur, bangun perlahan-lahan, step by step. duduk dulu, sebelum terus berdiri.
- elakkan makanan yang berlemak, berminyak dan pedas
- minum air putih yang cukup jika simptom muntah menjadi teruk. jika tak boleh minum air kosong, boleh minum jus kerana ada sesetengah orang, minum air kosong akan membuatkan keadaan muntah bertambah teruk.
- kalau boleh, hindarkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan nescafe
- vitamin prenatal (suplemen ibu hamil),boleh membuatkan bertambah mual dan loya. tetapi anda tetap perlu ambil suplemen seperti asid folik dan multivitamin untuk kesihatan ibu sendiri dan bayi yang dikandung
- vitamin B6 sangat berkesan untuk mengurangkan gejala morning sickness
- banyak rehat dan relax tenangkan fikiran. elakkan stress kerana ia juga boleh membuatkan morning sickness semakin teruk. relax dengan tenang sambil mendengar muzik, baca atau dengar alunan Al-Quran dan baca majalah atau buku tentang bayi.
Jika masalah ini semakin berlarutan, sila rujuk ke hospital atau klinik berdekatan anda supaya tidak dehidari akibat kurang makan dan minum.
0 Comments