13 Cara Merawat Sembelit Ketika Hamil
Mengapa Sembelit Menyerang Wanita Hamil?
- sistem penghadaman menjadi lambat dan lembab oleh kerana perubahan drastik dalam hormon
- semasa hamil, tubuh badan lebih cenderung untuk mengekalkan air dalam badan
- bayi yang sedang membesar dalam rahim ibu, menyebabkan sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik dan ibu mengalami sembelit
Semasa hamil, usus mengekstrak lebih banyak nutrisi daripada makanan, minuman dan vitamin yang diambil oleh ibu. Janin yang sedang membesar pula memerlukan lebih banyak nutrien untuk tumbuh dengan baik. Sistem penghadaman ibu yang lebih perlahan dan lembab, membantu membekalkan seberapa banyak nutrisi yang diperlukan oleh janin.
Oleh sebab itu, badan menyerap lebih banyak air dan ini menyebabkan najis menjadi kering dan keras. Maka, terjadilah sembelit. Tambahan lagi jika ibu kurang minum air. Maka, masalah sembelit bertambah teruk. Selain itu, otot pelvik yang semakin lemah juga adalah faktor terjadi sembelit.
Punca Sembelit Semasa Hamil
- kurang pengambilan makanan tinggi serat
- kurang minum air
- kurang makan buah-buahan
- kurang pergerakan fizikal
- pengambilan pil zat besi secara berlebihan
Sembelit yang dibiarkan tanpa rawatan akan mengundang masalah yang lebih teruk iaitu BUASIR. Buasir yang tidak dirawat segera akan berterusan tambahan lagi ketika meneran semasa melahirkan bayi kelak.
13 Cara Rawat Sembelit Di Rumah
- DIET : lebihkan pengambilan bijirin, serat (fiber) dan karbohidrat kompleks.
- CECAIR : minum air, jus atau apa-apa cecair. Dehidrasi adalah salah satu sebab utama sembelit kerana badan tiada air yang mencukupi untuk melembutkan najis. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas air suam ketika perut kosong. Bagus juga untuk buang toksin dalam badan. Bagi ibu yang berpuasa, disarankan mengambil minuman isotonik agar tidak mudah terhidrasi pada siangnya.
- AIR : Anda perlu minum banyak air. Air adalah sangat penting untuk elak sembelit. Semasa hamil, anda perlu minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari. Jika anda mengalami sembelit yang sangat teruk, anda perlu meningkatkannya kepada sekurang-kurangnya 12 gelas air setiap hari untuk memudahkan pembuangan.
- BUAH-BUAHAN. Makan banyak buah-buahan yang kaya serat dan banyak air seperti oren, anggur, plum, pisang dan lain-lain. Ia membantu dalam pergerakan najis dalam badan melalui usus.
- HALIA. Ketika menyediakan makanan, campuran halia atau serbuk halia dalam masakan juga sangat membantu. Halia juga membantu membuang angin dalam badan dan mengurangkan pedih ulu hati, senak, gas, keasidan dan sembelit. Anda boleh minum teh halia dan lain-lain untuk memberikan kelegaan daripada kembung dan sembelit.
- KURMA. Makan kurma secara konsisten. Kurma sangat membantu untuk melegakan sembelit, mengawal tahap darah dan memberi kekuatan dan zat besi kepada badan.
- SUP dan JUS. Sup kosong, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran adalah baik untuk penghidratan. Minum secawan teh panas atau minuman lain boleh membantu usus bergerak. Penghidratan adalah penting bagi setiap orang, terutama untuk wanita hamil kerana ia adalah sangat mudah untuk mengalami dehidrasi pada masa ini. Air tambahan dalam badan akan membantu melembutkan najis dan lawas. 6 hingga 8 gelas air disyorkan untuk orang dewasa dan ambil lebih jika sembelit.
- SENAMAN. Anda perlu bersenam setiap hari untuk membina otot anda. Otot lantai pelvik adalah penting dalam membantu anda menyingkirkan najis dengan lebih mudah. Jika otot lantai pelvik lemah, akan menyebabkan sukar membuang air besar. Latihan Keigel adalah untuk menguatkan otot lantai pelvik. Ia bukan sahaja membantu mengelakkan sembelit malah membantu memudahkan kelahiran bayi kelak.
- ELAKKAN MAKANAN TERTENTU. Jaga pemakanan. Elakkan makanan seperti keju, jagung dan sayur-sayuran berkanji yang lain, dan juga makanan bergoreng, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan usus anda.
- SUPLEMEN FIBER. Ambil makanan tambahan fiber untuk cuba untuk mengawal selia sistem pencernaan anda.
- JULAP. Jangan mengambil apa-apa jenis julap tanpa kebenaran doktor. Terdapat banyak julap yang boleh membahayakan bayi anda atau menyebabkan kelahiran pramatang. Masih terdapat juga beberapa julap sangat selamat dan berkesan yang doktor anda boleh mengesyorkan.
- BERBARING & TENANG. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan di rumah untuk membantu anda menghadapi sembelit.Rehatkan badan untuk melegakan sembelit.
- HERBA. Ada beberapa ubat-ubatan herba sembelit yang boleh guna tetapi ada juga yang boleh membawa risiko untuk anda dan bayi anda. Lebih baik berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
Jika masih was-was dengan ubat-ubatan lain, anda boleh mencuba pil kalsium Shaklee iaitu Ostematrix. Pengambilan 4-6 biji sehari, dapat melembutkan najis dan melegakan sembelit.
Kenapa Ostematrix ??
Kerana Ostematrix mengandungi magnesium dan vitamin D yang saling membantu melegakan sembelit.
0 Comments