Penyusuan ibu zaman sekarang lebih mudah, sebab dimana-mana sahaja
org berkongsi tentang penyusuan. Di Facebook juga ada grup khas untuk
para ibu menyusu berkongsi pengalaman. Di blog tak kurang yang mendidik
ibu-ibu tentang penyusuan ibu. Tambahan pula semakin banyak pengeluar
yang mengeluarkan pelbagai jenis pam yang lebih mampu milik. Masa zaman
saya menyusukan Auni pada tahun 2011, pam Spectra 3 yang paling famous
di kalangan ibu-ibu, sesuai dengan bajet. begitu juga saya. Yang paling
best adalah dari model Medela yang mana brand ini disyorkan oleh
kebanyakan hospital kerana ia hampir mirip sedutan bayi. Namun, harga
nya agak mahal berbanding pam jenama Spectra. Saya pernah beli pam
manual Medela Harmony, RM 190 selepas diskaun. Harga sebenar RM 269.
Boleh tahan gak kan harga nya.
|
breastpump |
Pam mahal atau
murah tidak mempengaruhi kuantiti EBM yang diperah. Tapi kita tengok
pada ciri-ciri pam yang digunakan. Pastikan pam yang anda hendak pilih
mempunyai ciri-ciri seperti :
- pam yang menyerupai cara hisapan bayi dan ia membantu merangsang hormon prolaktin dan oksitosin
- kekuatan sedutan yang dihasilkan pam bersesuaian untuk menyedut
susu. Sedutan yang terlalu perlahan tidak efektif untuk memerah susu.
Jika terlalu tinggi, ini boleh menyebabkan kecederaan payudara ibu.
Paras optimum adalah 200mmHg hingga 230mmHG.
- jumlah kitaran hisapan dan lepasan yg sama dengan kitaran hisapan
bayi pada payudara. Biasanya kitaran sedut-lepas (suction-release cycle)
berlaku sekitar 40kali seminit hingga 60kali seminit, hampir menyamai
kitaran hisapan bayi.
Jenis-jenis Pam Susu Ibu
- pam manual (menggunakan tangan) ; pam 'hon basikal' (rubber bulbs), pam hendal (squeeze pump), pam silinder
- pam menggunkan bateri
- pam elektrik
|
Pam manual |
pam hon basikal (rubber bulbs)
- digunakan dgn cara menekan dan melepaskan getah bulat untuk menjana
vakum agar susu boleh keluar. Kurang digalakkan kerana ia sukar untuk
mengawal vakum yang dihasilkan oleh pam selain kurang efektif.
pam hendal (squeeze pump)
- digunakan dengan cara menekan dan melepaskan hendal. Sesuai
digunakan oleh ibu-ibu yang memerah sekali sekala dan ibu-ibu yang
sering travel yg sukar untuk mencari electric supply point. Tidak digalakkan untuk ibu yang sentiasa sibuk kerana ia makan masa utk mengepam, terutama ibu bekerjaya.
pam silinder
- kurang efektif dan kurang digunakan kerana ia agak meletihkan ibu-ibu.
|
Pam Bateri |
pam bateri
- kadangkala ambil masa lama bagi mencapai tahap vakum yang diperlukan
- mudah dibawa dan digunkan ditempat yang susah dapat sumber elektrik.
- kurang efektif adalah kerana bateri kene kerap tukar selepas 2 atau 3
kali penggunaan. Makan kos banyak untuk beli bateri dan tidak bagus
untuk jangka masa panjang. Boleh guna bateri yg dapat dicaj semula,
tetapi vakum yang dihasilkan tidak kuat.
|
Breastpump Elektrik Pelbagai Jenama di Malaysia |
pam elektrik (single pump/double pump)
- tersedia single pump ( untuk sebelah payudara sahaja) atau double pump (utk kedua0dua belah payudara serentak)
- ibu-ibu boleh memilih ikut kegemaran dan bajet.
- bagi ibu bekerjaya, saya amat syorkan menggunakan double pump, supaya dapat mengepam susu dalam masa yang singkat.
- pam ini menggunakan elektrik, ada yang direct sambung ke plug point
dan ada yang boleh digunakan selepas dicaj (seperti handphone)
- ada button controller untuk mengawal kadar sedutan dan ini dapat mengelakkan payudara tercedera
- mesra pengguna, tidak memenatkan
- jimat masa, mengepam sambil buat kerja lain
- sesetengah jenama breastpump mencipta button bagi fasa stimulasi di
mana ia dapat merangsang refleksi ejeksi susu dengan lebih cepat (
contoh : medela Freestyle )
- kajian menunjukkan double pam (pam serentak kedua-dua belah
payudara) dapat mengeluarkan susu dalam tempoh singkat. ia juga dapat
merangsang hormon prolaktin dan oksitosin dengan lebih efisien
- harga pam elektrik, antara RM 200 dan boleh cecah sehingga RM 2000 .
ibu boleh pilih ikut bajet dan kepuasan sendiri. pam mahal atau murah,
bukan penentu kuantiti susu kan !
Kebanyakan breastpump yang dijual, ada juga jual sparepart.
so, jika breastpump anda mengalami kerosakan, mudah sahaja untuk
baikpulih semula,
INFO
; Kajian mendapati,hanya 7 minit hingga 12 minit diperlukan bagi
memerah kedua-dua belah payudara, berbanding 15 minit hingga 20 minit
untuk sebelah payudara
0 Comments