Cara Banyakkan Susu Ibu - Power Pumping
Apa itu Power Pumping?
- teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
- melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dalam cara yang lebih unik
Siapa yang perlukan Power Pumping?
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu
- Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
- Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan lain-lain
- Ibu berkerjaya yang sibuk hingga tidak dapat mengepam mengikut jadual masa tertentu di tempat kerja.
Bagaimana Nak Buat Power Pumping?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam (walaupun susu tak keluar, tak pe habis kan sesi sejam tu).Nota : bergilir2 payudara sebelah kanan dan kiri. Buat sehingga sejam atau 60 minit
Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam ( boleh minum air kosong semasa rehat 10 minit tadi )
Disarankan buat power pumping sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ini. Jika tiada kesempatan, boleh lakukan juga di waktu lain seperti di pejabat apabila ada masa senggang.
Power pumping di hujung minggu
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang berhujung minngu, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja.Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal,Tips Umum Mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih banyak
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45 minit ke 1jam selepas pengambilannya.
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam.
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu payudara untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pam setiap 2-3jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain
Untuk mama-mama diluar sana yang mengambil suplemen bagi menjayakan penyususan, anda haruslah :-
- Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali.
- Walaupun payudara tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil. Allah menjadikan penghasilan susu ibu based on DEMAND vs SUPPLY rules.
- Minum air sebanyak 3 liter sehari
- Minum sedikit tetapi istiqamah. Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita.
0 Comments