"Saya Tidak Mahu Payudara Yang Kendur"



"Saya tidak mahu payudara yang kendur !"


yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.


Tips : untuk mengekalkan keanjalan payudara, kita hendaklan mengambil makanan yang tinggi protein kerana protein itu adalah sebahagian besar daripada kulit, otot, organ, dan kelenjar. Setiap sel dalam badan manusia mengandungi protein. Kita perlu protein dalam diet harian untuk membantu memperbaiki sel-sel badan dan membina sel yang baru.

Salah satu alternatif untuk mendapatkan protein yang mencukupi adalah mengamalkan ESP Soy Protein Isolate Powder


"Penyusuan susu ibu menyusahkan"


penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos.


"Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?"


sebenarnya ia mudah, memuaskan hati dan berbeza daripada apa yang anda fikirkan. ia praktikal !

"Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?"


penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelejari. dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.

( ibu harus mendapatkan info lengkap tentang penyusuan, disiplin, konsisten dan tidak mudah berputus asa dalam menjayakan penyusuan susu ibu )

"Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?"


hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. jika anda berasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul..

( ketahui teknik penyusuan susu ibu dengan betul bagi mengelakkan kesakitan pada breast )


"Tapi wanita berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!"


wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kalenjar mamari di dalam payudara. kalenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.


0 Comments