Saiz Perut Bayi

Pada awal kelahiran bayi, kebanyakan ibu mengalami masalah kurang susu. Keadaan ini menyebabkan ibu seringkali tertekan dan risau bayi tidak kenyang. Dan terus terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi.

Saiz Perut Bayi Baru Lahir


Ibu bapa harus tahu, saiz perut bayi kita adalah tersangat kecil mengikut usia bayi. Kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir juga sedikit sesuai dengan saiz perutnya pada waktu itu. Kajian menunjukkan bahawa :

saiz perut bayi baru lahir

Bayi akan menyusu dengan sedikit setiap kali penyusuan tetapi kerap. Sebab itu ada ibu yang mengadu, bayinya sering lapar dan asyik menangis. Itulah lumrah seorang bayi.

Info : Semasa berada di dalam rahim,air ketuban ibu adalah antara sumber zat dan pemakanan bayi. Adakala, bayi menelan ketuban ibunya. Jumlah yang ditelan hanya seteguk, kerana itu sahaja yang mampu ditampung oleh perut bayi.

Tanda-Tanda Bayi Memerlukan Susu


Oleh kerana perut bayi yang tersangat kecil, maka bayi cepat lapar dan perlu menyusu dengan kerap. Ibu mesti bersedia metal dan fizikal dengan situasi ini. Dan bersedia untuk menyusukan bayi bila-bila masa bila bayi perlukan. Bagi ibu ayng sedang berpantang, mudah untuk fokus kepada bayi sahaja. Maka, kita perlukan bantuan orang lain untuk menguruskan hal-hal lain seperti memasak, menjaga anak-anak yang lain dan kerja rumah yang lain. Bantuan dan sokongan suami adalah amat penting.

Kenalpasti tanda-tanda awal bayi kita hendak menyusu :

  • tubuh bayi bergerak-gerak
  • bayi menggerak-gerakkan tangannya ke mulut 
  • mulut bayi terbuka dan bergerak-gerak seolah-oleh menghisap sesuatu
  • mulut bayi tercari-cari puting apabila disentuh dengan jari kita
Apakah akibatnya jika ibu lambat memberikan susu kepada bayi?
  • bayi gelisah dan mengeluarkan bunyi
  • merengek-rengek kecil
  • mula menangis dengan kuat jika tidak diberi susu dengan segera

0 Comments