Keperluan Vitamin C Dalam Diet Harian



Vitamin c Terbaik




Fungsi Vitamin C 


  • rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikatkan sel-sel badan.
  • penting bagi pembaikkan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi serta mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah.
  • merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan.
  • Menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria serta mengurangkan kesan alergi 
  • pesakit diabetes - mampu mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah sekaligus memulihkan pesakit daripada kencing manis
  • baik untuk ibu hamil yg anemia atau HB rendah (ambil bersama-sama multivitamin) - menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah serta membentuk otot-otot baru dan mengurangkan sel-sel lemak
  • membantu membaiki dan membina semula tisu-tisu
  • melindungi daripada penyakit jantung,
  • mencegah skurvi
  • mengurangkan jumlah dan LDL ("buruk") kolesterol dan trigliserida. 
  • Tambahan vitamin C juga boleh mengurangkan tempoh dan gejala selesema biasa; melambatkan atau membantu mencegah katarak; dan menyokong fungsi imun yang sihat.

Kajian menunjukkan bahawa vitamin C boleh membantu melindungi terhadap pelbagai jenis kanser dengan memerangi radikal bebas, dan membantu meneutralkan kesan nitrit (pengawet dalam sesetengah makanan dibungkus yang boleh menimbulkan risiko beberapa bentuk kanser). 

Gejala kekurangan Vitamin C


  • keletihan 
  • kelemahan otot 
  • sakit sendi dan otot 
  • gusi berdarah 
  • ruam kaki 
  • Kekurangan yang berpanjangan boleh menyebabkan penyakit skurvi, penyakit yang jarang berlaku tetapi boleh teruk.

Siapa Yang Sesuai Ambil Vitamin C


1. Pesakit kencing manis/diabetes
2. Orang yang sering demam/selsema - sistem imun rendah
3. Ibu hamil - untuk tingkatkan sistem imun sebagai perisai demam/selsama dan sebagainya. InshaAllah
4. Ibu menyusu bayi
5. Gadis dan wanita yang inginkan kulit cantik
6. Lelaki yang mementingkan penampilan diri dan mementingkan penjagaan kulit

Source : DrWeil, Google

0 Comments