6 Manfaat Vitamin C Untuk Ibu Hamil
Vitamin C adalah vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Lebihan vitamin c di dalam badan yang tidak diperlukan akan dikeluarkan melalui air kencing (urin). Ini bermakna tubuh kita memerlukan bekalan vitamin c secara berterusan.

6 Manfaat Vitamin C Untuk Ibu Hamil
Vitamin C bukan sahaja penting untuk orang biasa, tetapi ia juga amat penting untuk ibu hamil. Antara manfaat vitamin c bagi wanita hamil ialah:
- membantu dalam pemulihan tisu
- untuk penyembuhan luka
- untuk pertumbuhan dan pemulihan tulang
- menjadikan kulit lebih sihat dan cegah dari alami alahan kulit ketika hamil
- melawan jangkitan seperti selsema, demam, batuk dan sebagainya
- tinggi antioksidan - melindungi sel daripada kerosakan
Bagi ibu hamil, kedua-duanya termasuk bayi memerlukan vitamin C setiap hari kerana:
- membantu mebina kolagen iaitu struktur protin yang mana ia adalah satu komponen tulang rawan, tendon, tulang dan kulit
Ada sesetengah kajian menyatakan, kekurangan vitamin C boleh menjejaskan perkembangan mental bayi yang baru lahir.
Selain itu, vitamin C juga membantu badan menyerap zat besi. Oleh sebab itu, disarankan buat ibu-ibu hamil yang mengalami masalah hemoglobin (HB) yang rendah, ambil makanan tinggi zat besi bersama-sama makan yang kaya dengan vitamin C. Supaya zat besi yang diambil tadi dapat diserap ke dalam badan secara optimum dan berkesan.
Dos Vitamin C Yang Diperlukan
Ibu Hamil : sekurang-kurangnya 85mg sehari
Ibu Menyusu : sekurang-kurangnya 120mg sehari

Mana Nak Cari 500mg Vitamin C Setiap Hari?
500mg vitamin bersamaan dengan:
- 7 biji oren atau,
- 7 biji kiwi atau,
- 7 cawan strawberi atau,
- 8 cawan jus oren
5 Tanda Kekurangan Vitamin C
- gusi sering berdarah (radang gusi)
- rambut rapuh
- kulit kering dan kasar
- terjadi lebam
- proses penyembuhan luka amat perlahan
0 Comments